Sabtu, 22 April 2017

Mimpi Ngeri 3 Usahawan Online Menanggung Hutang RM60 Juta

KUALA LUMPUR – Impian tiga anak muda untuk bergelar usahawan online bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka kini menanggung hutang sehingga RM60 juta selepas ditipu sekumpulan sindiket.

Peristiwa hitam dalam hidup mereka itu berlaku selepas terjebak sebagai ejen produk online yang ditawarkan sindiket telefon bimbit, lapor Kosmo.

Difahamkan, modus operandi sindiket itu sangat mudah apabila menawarkan kepada mana-mana individu untuk menjadi ejen dengan menjual barangan pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Manakala, ejen pula membuat promosi dan menjual produk berkenaan di laman sosial masing-masing seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Menurut seorang ejen serta mangsa penipuan online, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, 20, dia dan dua rakannya kini berhutang hampir RM60 juta selepas duit pelanggan yang menempah telefon pintar iPhone lesap dilarikan sindiket tersebut-Kosmo Online
loading...