Sabtu, 22 April 2017

Minyak Dalam Usus Bangkai Penyu

Penyu merupakan satu habitat terlindung kerana seperti yang kita ketahui bahawa habitat penyu semakin pupus seiring dengan peredaran masa. Namun begitu terdapat segelintir yang masih tidak menghargai habitat terlindung tersebut dengan membuat pencemaran air sehingga boleh membahayakan nyawa spesis penyu tersebut.

Seperti merujuk kepada laporan Harian Metro, di Mersing seekor penyu karah dipercayai berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditemui mati di perairan Pulau Sibu di sini, 11 April lalu.

Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor (JTLMJ) Mohd Nizam Ismail berkata, bangkai penyu itu ditemui kakitangannya yang menjalankan rondaan bersama Jabatan Perikanan Negeri Johor di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pulau Sibu.

Katanya, penyu karah berusia antara empat hingga lima tahun seberat lima kilogram itu dipercayai mati sejak dua hari sebelum bangkainya ditemui.

“Hasil bedah siasat dan pemeriksaan fizikal pada bangkai penyu itu, kami mendapati saluran ususnya dipenuhi minyak hitam yang menjadi punca kematian,” katanya.

Nizam berkata, orang ramai diingatkan kawasan Taman Laut adalah zon larangan bagi aktiviti menangkap ikan termasuk penyu menurut Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994).

“Pihak yang menangkap ikan di kawasan larangan Taman Laut boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, habitat rumput laut yang subur di perairan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi menjadi kawasan pemakanan penyu dan dugong kerana spesies itu kerap ditemui.

“Kami akan meningkatkan penguatkuasaan mikro di semua Taman Laut Johor (Taman Laut Sultan Iskandar) dengan memberi tumpuan kepada kerosakan terumbu karang secara langsung dan tidak langsung selain penguatkuasaan sedia ada yang tertumpu pada aktiviti pencerobohan nelayan,” katanya.-harianmetro
loading...