Isnin, 10 April 2017

Misteri Dua Sahabat ‘Hilang’ Di Jakarta Akhirnya Terjawab

Jakarta – Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka ditemui di dalam lokap balai polis di sini.

Mohamad Shafa Ahmad, 29 dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta, Datuk Dr. Fauzi Mohamad memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya,” kata beliau. – Bernama
loading...