Rabu, 12 April 2017

Otak Bertaburan Akibat Jatuh Dari Tingkat 14 Apartment

Seorang lelaki maut selepas jatuh dari sebuah apartmen di Taman Bukit Mandarina, Cheras, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa dikenali David William Cornish Underwood berusia 29 tahun.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.47 pagi memaklumkan terdapat orang jatuh dari apartmen berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi dapati mangsa telah meninggal dunia di tingkat satu bangunan terbabit dalam keadaan separuh badan tersangkut.

“Muka dan kepala mangsa pecah dipercayai jatuh dari tingkat 10 atau 14. Mayat mangsa dibawa turun dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata, semakan dokumen diri yang ditemui di poket seluarnya dapati mangsa berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, siasatan awal dapati mangsa tinggal menyewa berseorangan di rumah kedai di Lake Field, Sungai Besi.

“Mayat mangsa telah dibawa pe Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya
loading...