Selasa, 18 April 2017

Pegawai Imigresen Mengaku Tak Salah Rogol Tukang Urut

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks oral dan mengugut seorang gadis tukang urut warga Thailand pada bulan lalu.

Frankie Chua Siong Kiat, 31, berasal dari Pasir Mas, Kelantan membuat pengakuan tersebut selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham­ Wan Yaakob.

Bagi pertuduhan pertama, Frankie menghadapi pertuduhan merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan seks oral mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.
loading...