Selasa, 11 April 2017

Penduduk Kampung Menemui Objek Pelik Sewaktu Bercucuk Tanam

Seorang penduduk di sebuah perkampungan di Siberia menemui objek pelik sewaktu dia menggali tanah untuk tujuan menanam bijih tumbuhan.  

Setelah dimaklumkan mengenainya, para saintis bergegas ke tempat kejadian dan berasa teruja dengan penemuan ini.

Kumpulan pengkaji ini terdiri daripada saintis dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Hwang In-Sung, salah seorang daripada ahli pengkaji kumpulan ini berkata, “kami menemui sebuah objek dilitupi bulu panjang yang dipercayai berusia empat puluh ribu tahun.”

Penemuan bangkai haiwan yang dipercayai milik seekor mammoth ini menggemparkan dunia sains. Penstrukturan semula bangkai ini boleh memberikan maklumat berharga kepada komuniti pengkaji ini.

Malah ada juga daripada ahli sains yang berharap agar haiwan ini boleh dihidupkan semula satu hari nanti.

Tapi harapan ini sangat mustahil untuk terlaksana. Walaupun diandaikan kita mempunyai teknologi untuk menjadikan impian tersebut satu kenyataan, banyak persoalan moral yang akan dikemukakan.

Bagaimana dengan anda? Apakah pendapat anda tentang rancangan untuk menghidupkan semula haiwan purba ini?-Era Baru
loading...