Isnin, 10 April 2017

Pengakuan Budak 4 Tahun Mangsa Selamat 5 Sekeluarga Maut Disembelih

Tiada siapa yang dapat membayangkan ketakutan budak berusia 4 tahun menyaksikan kedua orang tua, abang dan kakak serta neneknya dibunuh dengan kejam dihadapan matanya sendiri.

Semalam pihak pemberita memaklumkan telah berlaku satu pembunuhan 5 sekeluarga maut disembelih di medan Indonesia kira-kira jam 09:00 pagi ahad.

Dalam kejadian tersebut mangsa selamat “Kinara 4 tahun”yang cedera di bahagian muka, mata dan kepala sempat meyorok di bawah katil selepas menyaksikan anggota keluarganya dibunuh.

Menurut kinara, pada malam itu rakan ayahnya orang yang terakhir datang kerumah mereka.

“Ada kawan ayah datang malam-malam”katanya pada pihak polis sambil menangis memandang sekeliling.

Katanya dia menyorok ke bawah katil selepas melihat leher abang, kakak dan ibunya mengeluarkan darah di sembelih oleh dua orang lelaki.

Pada hari penemuan kelima mayat, kinara ditemui tidak sedarkan diri dibawah katil disyaki pengsan akibat terlau takut.

Bagimanapun kini kinara di rawat di hospital Deli Serdang sementara kelima ahli keluargnyaa telah pun dimakamkan kira-kira jam sebelas pagi tadi.
Sejurus itu pihak polis Medan Deli masih lagi belum menangkap mana mana individu yang didakwa memiliki kaitan dengan kes.

Menurut polis, setakat ini siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan maklumat awal menunjukkan ia kes rompakan berdasarkan beberapa barangan berharga hilang
loading...