Isnin, 10 April 2017

Penjara Sebulan Cuba Mencium Tangan Wanita Di Hentian Bas

Kuala Lumpur: Seorang peminta sedekah dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini, atas tuduhan menyentuh dan cuba mencium tangan kerani wanita di hentian bas Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Tuson Nukmal Hakim, 33, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya dijatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan bapa lima anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukum, iaitu hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 35 tahun itu, jam 6.45 petang pada 28 Mac lalu.


Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan.-Harian Metro
loading...