Sekali pandang, ia kelihatan seperti penyangkut baju biasa.
Tetapi berhati-hatilah jika anda melihat penyangkut seperti ini dalam bilik
persalinan atau tandas awam.
Ini kerana penyangkut seperti ini mengandungi kamera
tersembunyi yang boleh merakamkan gambar anda di dalam tempat berkenaan.
Penyangkut seperti ini boleh dibeli sesiapa sahaja melalui
dalam talian dengan harga RM109.
Tahun lepas, polis di Florida telah memberikan amaran kepada
orang ramai mengenai penyangkut seperti ini. Ia bukan sahaja dipasang di bilik
persalinan malah di dalam tandas dan bilik hotel.
“Jika ada menemui sesuatu yang mencurigakan dan anda fikir
ia mungkin mengandungi kamera tersembunyi, jangan sentuh. Hubungi kami.
“Ingatlah terdapat banyak kamera kecil yang tersembunyi yang
diletakkan di banyak tempat,” kata polis.
Sementara penyiasat persendirian, Carrie Kerskie pula
berkata, dengan teknologi terkini pada masa ini, penjenayah hanya perlu
memasukkan kad MicroSD.