Ahad, 9 April 2017

Polis Kenal Pasti Keluarga Budak Perempuan Yang Tinggal Bersama Monyet

NEW DELHI – Polis di utara India sedang mencari waris keluarga kanak-kanak perempuan dipercayai telah hidup dengan monyet.

Gadis kecil berusia antara lapan dan 10, ditemui beberapa minggu lalu di sebuah hutan di Uttar Pradesh,lapor MalaysiaGazete.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tidak dapat berkomunikasi dan kelakuan yang ditunjukkan seperti sifat monyet.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu BBC, kanak-kanak itu sedang bermain dengan sekumpulan monyet dan meniru tingkah laku mereka apabila polis datang untuk menyelamatkannya.

Budak perempuan itu telah ditemui oleh penduduk kampung dalam kawasan perlindungan hidupan liar Katarniaghat, di sempadan India dengan Nepal.

Pegawai polis, Suresh Yadav berkata, monyet menyerang skuadnya apabila mereka tiba untuk mengambil kanak-kanak itu.

Doktor berkata, anak malang itu mengalami kekurangan zat ketika dia dibawa ke hospital dengan rambut dan kuku yang panjang serta terdapat kesan luka pada badannya.
Beliau juga tidak dapat berkomunikasi tetapi akan mengeluar bunyi seperti monyet dan berjalan menggunakan dua kaki dan dua tangannya.

Keadaannya dikatakan lebih baik sekarang, bagaimanapun untuk jangka masa panjang, anak itu akan diserahkan kepada agensi-agensi kebajikan kanak-kanak dan pakar perubatan lain untuk memperkenalkan semula kehidupan dunia kepada beliau.

Ketua pegawai perubatan hospital, DK Singh, memberitahu, kanak-kanak itu akan dipindahkan ke Lucknow Medical College sebaik sahaja dia dibersih dan dirawat.

Tidak dapat dipastikan berapa lama kanak-kanak perempuan itu telah tinggal dalam hutan tersebut.
loading...