Rabu, 26 April 2017

Punca Sebenar Bapa Bawa Anak Bunuh Diri.

PHUKET – Seorang lelaki bertindak membunuh bayinya berusia 11 bulan sebelum menggantung diri secara langsung di Facebook Live selepas bertengkar dengan isterinya.

Menurut jurucakap polis semalam, mayat dua beranak berkenaan ditemui tergantung di sebuah hotel tinggal di Sakhu di daerah Thalang pada malam kelmarin.

Difahamkan, hotel tersebut dikenali sebagai Hotel The Peninsula itu terkenal dalam kalangan penduduk sebagai bangunan berhantu.

Polis berkata, seorang wanita, Jiranuch Trirat, 21, membuat laporan polis selepas suaminya Wuthisan Wongtalay, 21, menghilangkan diri bersama bayi perempuan mereka yang berusia 11 bulan susulan bertengkar.

Jiranuch kemudian menghubungi polis selepas mendapati Wuthisan menyiarkan video di Facebook menunjukkan dia menggantung bayinya di sebuah hotel tinggal.

Polis melancarkan pencarian di beberapa hotel tinggal di Phuket sebelum menemui mayat dua beranak berkenaan di bangunan bekas hotel Peninsula.

“Apabila saya tiba di hotel tinggal berkenaan, kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia,” kata seorang anggota polis, Jullaus Suvannin yang pertama tiba di lokasi kejadian, lapor Metro.

Menurutnya, telefon pintar dipercayai milik Wuthisan ditemui diletakkan di dinding.

Abang Jiranuch memberitahu polis, adiknya merancang berpisah sementara dengan suaminya selepas mereka sering bertengkar.

“Wuthisan yang terkejut dengan hasrat isterinya terus keluar membawa bayi perempuan mereka dengan alasan mahu membawanya ke tempat kerja.

“Bagaimanapun, ketika menunggu Wuthisan pulang, saya terlihat video di Facebook menunjukkan lelaki itu menggantung anaknya,” katanya.

loading...