Ahad, 23 April 2017

Raja Bomoh Dibebas Dengan Jaminan Polis

Selepas diburu selama sebulan Ibrahim Mat Zin, atau dikenali sebagi  Raja Bomoh telah ditangkap pada Jumaat. dan semalam Ibrahim Mat Zin dibebas dengan jaminan polis. 

Menurut laporan mStar Online, beliau sebelum ini ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat dan dibawa ke Bukit Aman di sini untuk disoal siasat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang.

“Kami mengambil kenyataannya dan setakat ini dia telah bekerjasama dalam siasatan.

“Kami telah melepaskannya dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Sebuah portal berita pada Jumaat melaporkan bahawa bomoh kontroversi itu telah ditangkap.

Ibrahim sebelum ini telah dipanggil oleh polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas melakukan upacara ‘memagar’ negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan. – mStar
loading...