Jumaat, 21 April 2017

Ratu Cantik Dedah Wajah Disimbah Asid Bekas Kekasih

Gara-gara cemburu, bekas kekasih seorang ratu cantik dari Itali telah menyimbah asid ke wajah wanita itu.

Ratu cantik Gessica Notari, 27, itu kini mendedahkan wajahnya di televisyen buat pertama kali selepas insiden terbabit.

Gessica telah ditemubual menerusi satu program televisyen iaitu Canale 5’s Maurizio Costanzo, lapor AstroGempak.

Difahamkan, Gessica yang bekerja di sebuah pusat akuarium di bandar Rimini bertemu dengan bekas kekasihnya itu sejak tiga tahun lalu dan mereka bekerja di tempat yang sama.

Dia dan bekas teman lelakinya, Tavares, telah berpisah pada Ogos 2016.

Sejak itu, Tavares dikatakan cemburu dengan Gessica dan sering mengekorinya.

Menurut sumber, Tavares bertindak mencurah asid ke muka Gessica adalah kerana tidak puas hati dan cemburu dengan bekas teman wanitanya itu.

Turut berkongsi tentang kejadian malang yang menimpa dirinya itu, Gessica berkata dia masih dalam keadaan trauma sehingga takut untuk keluar rumah.

”Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.

”Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” kata Gessica yang berkongsi pengalaman ngerinya kepada penonton.

Finalis pertandingan Miss Italy 2007 itu kini dalam proses pemulihan wajah dan dia terpaksa membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk rawatan.

Selepas kejadian itu, kehidupan Gessica kini berubah seratus peratus kerana dia tidak lagi boleh melakukan segala aktiviti yang dilakukan sebelum ini termasuk pekerjaannya.-Suara.TV
loading...