Selasa, 11 April 2017

Remaja Tipu, Reka Cerita Dirogol Pemandu Teksi Lakukan Hubungan Seks Dengan Teman Lelaki

KOTA BHARU - Remaja perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol pemandu teksi pada Ahad lalu sebenarnya 'dirogol' oleh teman lelakinya yang berusia 17 tahun di Dabong, Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, remaja terbabit mengaku telah berjumpa dengan teman lelakinya di Dabong dan melakukan hubungan seks suka sama suka.

Beliau berkata, remaja berkenaan takut untuk pulang ke rumahnya di Ketereh, di sini selepas kejadian terbabit.

"Dia kemudian membuat laporan polis palsu dengan mengaitkan pemandu teksi dan ia hanya cerita rekaan mangsa semata-mata.
"Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
loading...