Khamis, 13 April 2017

Rogol Anak Rakan Berusia 16 Tahun Dihukum Penjara Dan Sebatan.

KOTA BHARU - Seorang nelayan dihukum penjara 16 tahun dan lima sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi, selepas didapati bersalah merogol anak rakannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Cumaidi Ghani, 30, dihukum Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Banggol, Jalan PCB, di sini, pada jam 2.30 petang, 5 November 2015.

Sebelum kejadian itu, tertuduh dikatakan datang ke rumah rakannya itu untuk meminjam kasut, namun apabila mendapati pasangan suami isteri berkenaan tiada di rumah, tertuduh mengambil kesempatan merogol mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Azahir Nasir. Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddi-Sinar Harian
loading...