Sabtu, 15 April 2017

Rupa-Rupanya Maut dibunuh Menggunakan Kuali

Warga emas berusia 84 tahun maut dalam satu kejadian samun dan bunuh di Kampung Belukar Jambu di sini , petang semalam.

Suspek dipercayai penyamun wanita berusia lingkungan 37 tahun itu telah menggunakan kuali menyebabkan mangsa Rokiah A.Rahman terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,ACP Idris Abd Rafar berkata insiden itu disedari anak perempuan mangsa selepas pulang dari tempat kerjanya.

Katanya, ketika itu suspek masih berada didalam kediaman mangsa.

“Sebaik masuk kedalam rumah anaknya yang berusia 52 tahun itu terkejut melihat ibunya dalam keadaan terbaring.

“Hasil pemeriksaan awal keatas badan mangsa kita tidak nenemui kesan kecederaan pada mangsa namun kita percaya kuali itu digunakan berdasarkan penemuan berhampiran mayat mangsa,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh..
loading...