Khamis, 27 April 2017

Sampai Hati Mak Dan Mak Long Buat Saya Macam Ini

Aku ketika itu berumur 24 tahun dan sedang bekerja di suatu syarikat konsultansi alam sekitar beribu pejabat di Kuala Lumpur. Aku masih bujang waktu ini dan masih belum menemui cinta hati. Tugas aku yang selalu berurusan dengan ‘Client’ menyebabkan aku selalu travel ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejujurnya aku tak kisah kerja seperti ini bahkan aku suka kerana aku masih belum berkeluarga dan aku sangat suka tengok tempat dan budaya masyarakat tempat lain.

Dipendekkan cerita, suatu hari aku ditugaskan untuk ‘out-station’ ke Sarawak oleh Manager aku. Kali ini aku keseorangan tidak seperti biasa yang selalu aku dapat partner untuk ke luar semenanjung.

Mungkin Abu (partner) aku ada ‘job’ di tempat lain, jadi aku tak kisah sangat nak ke sana seorang diri kerana aku sukakan cabaran. Tiga minggu aku harus ‘stay’ kat sana untuk selesaikan projek ‘Environmental Impact Assessment’ di sebuah projek perumahan baru di Kuching.

Aku tanpa berlengah book flight Air Asia dan check website untuk book hotel penginapan yang terdekat dengan tempat projek aku dan book kereta sewa. Sesampainya aku di Kuching International Aiport, aku mengambil teksi untuk ke Hotel penginapan aku di Bandar Raya Kuching. Hotel yang aku book ni hotel bajet sahaja. Tak ada bintang-bintang pun tapi agak selesa lah kerana dikelilingi dengan kedai makan, dan hiruk-pikuk bandar Kuching.

Aku teruskan kerja aku disana seperti biasa, pagi keluar ke ‘site’ dan petangnya aku pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya pula aku akan keluar melepak seorang diri di medan selera berdekatan. Dua-tiga hari aku disana keadaan masih okay, tiada gangguan, tapi aku merasakan kesunyian sedikit melanda. Tiada teman berborak di malam hari. Ikut hati nak saja aku cari kawan baru dekat Sarawak ni. Boleh ajak melepak di mamak ke malam-malam. Tapi entah, aku tak tahu nak mulakan macam mana.haha

Tiba malam sabtu suatu hari tu aku tak kerja, jam 8.00 malam aku lepak dekat medan selera malam tu sambil layan movie dekat screen kedai tu. Aku disapa oleh seorang gadis yang mempelawa aku membeli kek batik Sarawak yang diusungnya dalam beg plastic. Awalnya aku mahu sahaja menolak kerana aku tak minat sangat makan kek. Tapi aku mendongak ke arah mukanya untuk menolak dengan cara baik. Saat itu mata aku terpana, sebab aku lihat gadis tu sangat cantik ,comel. Entah macam mana aku nak describe. Muka seakan-akan Chinese mix Melayu. Tak jadi aku menolak, terus aku tanya harga Kek Batik tersebut dan berbual-bual dengan dia.

Daripada perbualan itu, aku dapat tahu yang dia berbangsa Iban, nama Irene bukan Muslim dan berumur awal 20-an. Aku jadi ceria selepas berbual dengan wanita tersebut, aku tanpa sedar menghulurkan wang untuk membeli tiga kek batik Sarawak daripadanya. Dia kemudian beredar dari tempat duduk aku dan hilang dari pandangan. Aku melirik dari jauh. Senyuman di bibir aku belum lekang ibarat kerang busuk kata orang. Hilang rasa sunyi dalam hati aku.

Hari itu aku balik ke hotel, tak tidur lena aku mengingatkan wajah gadis tersebut. Lama aku tak rasa perasaan macam ni sejak dari zaman Universiti last aku bercinta yang tak kekal lama. Keesokan harinya pagi-pagi lagi aku bersiap sehensem yang boleh keluar ke medan selera itu untuk bersarapan sambal menunggu gadis itu datang kembali. Tapi hampa, aku tak nampak batang hidung pun. Aku pulang ke hotel kerana aku fikir dia akan menjual waktu malam sahaja. Jadi malam ni aku harus ke medan selera itu lagi.

Malam pun tiba, sangkaanku tepat, aku berjumpa dengan dia. Dia tersenyum melihat aku dan memulakan bicara:

Irene: Hai abang Daus.
Aku: Tak payah nak abang-abang la. Panggil je Daus. Eh kamu memang menjual malam-malam saja ke?
Irene: Ye abang..eh Daus.. siang saya tolong mak saya buat kek untuk tempahan.Malam je saya sempat keluar jual sikit-sikit cari duit poket. (Sambil menarik kerusi dan duduk di depan aku)
Aku: Eh awak tinggal kat mana? (Muka dah start blushing)
Irene: Saya duduk kat belakang sana. Apartment situ (Sambil menunjuk kearah belakang). Abang baru pindah sini ke? Anak isteri mana?
Aku: Saya datang sekejap saja sini ada kerja. Tinggal kat KL. Saya belum kahwin la.hahahah (Ketawa bahagia)

Selepas perbualan itu aku meminta nombor telefon Irene dengan alasan aku nak promote kek batik dia kat kawan-kawan aku kerana aku memuji kek dia sedap (Padahal belum rasa lagi). Begitulah rutin kami, hampir setiap malam kami duduk berbual di medan selera itu. Aku juga ada menghantar mesej kat Irene, tetapi jarang dia reply, mungkin kuat bekerja cari duit.

Selepas hampir tiga minggu aku di Sarawak, ya aku sudah ada kawan. Tapi aku rasa Irene ni bukan setakat kawan, aku rasa dia jodoh aku. Entah kenapa, atau aku syoq sendiri waktu tu. Hari-hari aku membayangkan kehidupan yang bahagia dengan dia.

Biasalah lelaki, mesti gatal! Hehe. Tiba hari terakhir aku kat Kuching, esok pagi aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur. Malam tu aku minta nak jumpa Irene kat tempat biasa:

Aku: Sampai juga kamu.. Dah lama saya tunggu ni.hehe
Irene: Sorry abang Daus, mak saya tak ada, saya kena jaga adik-adik kejap tadi.
Aku: Ayah awak taka da ka? (Dengan niat mengorek perihal keluarga)
Irene: Ayah saya dah bercerai dengan mak. Ayah masuk Islam dan kahwin dengan perempuan Melayu.
Aku: Ooo.. jadinya awak duduk dengan mak awak la ni?
Irene: Ye.. tapi kadang-kadang saya pergi juga rumah ayah saya. Sebab saya suka dengar ayah saya mengaji.. Abang Daus pandai mengaji?
Aku: Err..Boleh la juga, tapi tak tahu la sedap ke tak..nak dengar ke? hehe. Awak tak berminat dengan Islam ke?
Irene: Saya ada jugak belajar, tapi masih belum masuk. Nantilah tunggu bersedia, mungkin saya nak kahwin lelaki Islam kot. (Bagi hint la tu)
Aku: Ye ke? Saya kan ada.haha. bergurau..Esok saya dah nak balik KL.. Awak sedih tak?
Irene: Nak sedih kenapa? Balik elok-elok ye. Ada masa mesej la saya. Tapi sorry ya saya kadang-kadang sibuk buat kek. Pukul 12 call lah ye..

Belum sempat aku berkata apa-apa Irene bangun dari kerusi kemudian senyum kecil dan berlalu meninggalkan aku. Aku membalas senyuman dan berharap dia toleh kebelakang melihat aku buat kali terakhir. Dalam hati aku, aku ‘bet’ sendirian, kalau dia berpaling, maka dia jodoh aku. Tak sampai 5 saat, Irene berpaling dan melihat aku. Aku melambai-lambai tangan kegirangan. Yes, aku dah dapat jawapan!

Keeseokannya aku pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang berduka. Nak saja aku kelentong boss cakap kerja belum siap. Tapi apakan daya. Aku ada tugas lain di ofis dengan ‘deadline’ yang dah makin hampir. Tapi aku ingat pesan Irene yang pukul 12 aku boleh call dia.

Tiap-tiap malam aku tak akan putus untuk berborak dengan Irene melalui telefon hingga ke lewat pagi sampai mata aku eyebag besar lintah gunung tak cukup tidur ke ofis. Dipendekkan cerita, Irene pun meluahkan perasaan rindu dan cintanya pada aku melalui telefon. Itulah perempuan, depan mata taknak cakap! At least bagi lah hint ke apa.haha

Dipendekkan cerita aku berniat untuk memperisterikan Irene setelah lebih kurang setahun aku mengenalinya . Dan aku menceritakan segala perihal Irene dan niat aku kat mak aku. Untuk pengetahuan korang mak aku ni jenis yang garang, dan selalu kami anak beranak nak kena ikut cakap dia.
Jadinya, mak aku marah aku dan menolak menempis niat aku dengan alasan, Irene bukan Islam, dan dia bukan Melayu dan orang Sarawak tak boleh percaya. Hari itu perasaan aku sangat marah kerana Mak aku bersikap racist dan tak open minded. Taknak kah dia menambah umat Nabi Muhammad?

Mak aku nekad untuk tidak membenarkan perkahwinan aku dengan dia. Tapi ayah aku ok saja. Ada juga ayah aku menegur sikap mak aku.Tapi dia tidak mempedulikannya kerana prinsip dia ‘No is No!’.

Aku pun nekad hendak memberontak walaupun aku tahu berdosa melawan cakap ibu bapa. Tapi niat aku baik, aku nak membina masjid dan aku cintakan Irene. Kebetulan pula ketika itu Boss aku arahkan aku ke Sarawak lagi untuk menyelesaikan projek-projek lain yang belum siap. Aku dengan gembiranya menerima tugasan tersebut.

Sebelum aku ke sana, aku dah cakap kat Irene siap-siap. Aku tipu dia cakap yang mak aku setuju, tapi dia tak boleh datang Sarawak kerana tak sihat. Jadi aku minta Irene belajar mengucap dua kalimah Syahadah, dan memberitahu orang tuanya yang kami akan berkahwin tapi secara ‘simple-simple’ sahaja dan majlisnya kemudian hari. Aku nekad. Aku membeli cincin untuk prepare sebagai mas kahwin sebelum aku berangkat ke sana.

Tibanya di airport Kuching, alangkah terkejutnya aku bila aku ternampak kelibat orang yang aku kenal. Berpakaian cantik, ayu bertudung, tak selekeh seperti selalu. Ya ini Irene! Dia tersenyum dan melambai-lambai kepada aku. Aku bergegas ke arahnya. Senyuman terukir dibibir aku, terasa seperti mahu memeluk dia yang berada didepan mata aku ini kerana selalu hanya dapat mendengar suara melalui telefon. Dia menghulur tangan untuk bersalam.

Aku: Tak boleh Irene…haram.hehe
Irene: Oh ya lupa.maaf abang. Rindunya (Sambil menatap wajah aku)
Aku: Saya pun rindu awak juga. (Blushing)

Kami duduk di sebuah kerusi didalam airport sambil berbual-bual melepaskan rindu..:
Aku: Cantik awak bertudung harini? Bila start pakai?
Irene: Baru cuba pakai ni. Ayah yang belikan. Abang saya nak cakap sesuatu la. Tapi jangan marah ok.
Aku: Apa yang awak nak cakap?
Irene: Mak saya tak suka la saya kahwin lelaki Islam.. Tapi ayah saya ok. Dia setuju sangat. Saya dah cerita semua pasal awal kat ayah saya. Ayah saya suka awak. Dia suruh datang jumpa dia.
Aku: Hmm dah mak awak tak suka saya, nak buat macam mana. Saya nekad nak memperisterikan awak. Nanti kita jumpa ayah awak ok. Lagi satu saya pun nak minta maaf, sebenarnya mak saya pun tak setuju saya nak kahwin ni. Maaf saya tipu
Irene: Takapala saya faham. Siapalah saya. Saya bukan Islam
Aku: Bukan macam tu..hmmm..tak ada apalah.. Ni tengok ni (Aku hulurkan cincin yang aku beli)

Aku lihat senyuman di bibirnya terukir, matanya menitiskan air yang jernih. Mungkin tidak dapat menahan rasa seronok dan bahagia. Keesokan harinya aku dan Irene pergi melawat ayahnya yang tinggal tidak jauh dari Kuching. Kami menerangkan niat kami kepada ayahnya dan ayahnya tanpa membantah setuju. Selepas itu aku bercadang untuk berjumpa dengan ibu Irene pula. Tiba di rumah ibu Irene, aku tidak dilayan oleh ibunya yang sibuk membakar kek. Irene memberi isyarat untuk aku pulang sahaja ke Hotel.

Keesokan harinya Irene mahu berjumpa aku, aku nampak matanya lebam seperti ditumbuk. Selepas disoal berkali-kali baru dia bercerita yang mak dia menumbuk mukanya dan menghalau dia keluar selepas dia berkali-kali memujuk mak dia untuk membenarkan dia berkahwin dengan aku. Aku jadi marah mendengar ceritanya dan ambik keputusan untuk berkahwin secepat yang mungkin. Kemudian aku menghantar Irene ke rumah ayahnya untuk dia tinggal disana.

Beberapa hari selepas itu, mujur ayahnya ada kenalan di Pejabat Agama, mungkin kerana kerap kali kesana sepanjang proses menukar agama, ayahnya menguruskan untuk Irene memeluk Islam. Alhamdulillah Irene kini sah beragama Allah. Sebelum tu dia tak ada agama. So minta semua pembaca jangan marah ya. Irene bukan convert. Dia memilih Islam. Sejurus selepas tu juga ayahnya sudah menguruskan urusan pernikahan kami dihadapan seorang kadhi di pejabat agama. Sebelum menikah aku menelefon mak dan ayah aku untuk memberitahu mereka. Ayahku sangat menyokong anaknya berkahwin manakala mak aku diam tanpa bicara. Aku redha.

Hari itu merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku. Sempat juga kami ber’honeymoon’ di hotel bajet yang aku sewa atas urusan kerja aku itu. Jangan risau aku dah inform boss aku. Walaupun diperli oleh boss dan rakan kerja, tapi akhirnya boss memberi aku masa bercuti seminggu lagi tambahan untuk aku honeymoon di Sarawak. Semuanya ditanggung Syarikat. Alhamdulilah. Allah murahkan rezki boss.hehe

Setelah selesai semua urusan kerja. Irene ikut aku pulang ke Kuala Lumpur. Di sana, memang aku dah ada sewa rumah apartment sendirian dan tinggal lah kami disana berdua memulakan hidup baru. Irene seorang Muallaf, dan akulah orang yang mengajarnya bersolat, baca Al-Quran walaupun tergagap-gagap. Tapi keletahnya buat aku rasa bahagia walaupun seperti mengajar kanak-kanak baca Iqra.haha.

Kehidupannya dengan aku sangat bahagia kerana aku curahkan segala kasih sayang aku kepadanya. Di Sarawak dulu kehidupan dia serba sederhana, sekolah pun smpai tingkatan tiga sahaja. Ya dia tidak pandai seperti isteri orang lain yang ada Master, Degree, tapi dia isteri yang taat dan pandai dalam membuat kerja rumah. Kasih sayang seorang lelaki pun dia tidak dapat kerana penceraian ayah dan maknya sejak dia kecil. Aku berjanji untuk menjaga dan membimbing dia sampai ke akhir hayat aku.

Dia juga tidak bekerja, jadi aku hadiahkan dia sebuah Oven baru sebagai hantaran perkahwinan kami kataku kepadanya. Dia terima dengan hati yang sangat gembira. Dia menjual Kek Batiknya ke jiran-jiran kami dan kadang-kadang aku menjualnya di pasar tani dengannya setiap hujung minggu. Alhamdulillah hasilnya mampu menampung kewangan kami.

Setelah dua-tiga bulan berkahwin, sekali pun mak aku tak pernah bertanyakan khabar aku. Panggilan juga tidak dijawab. Namun pada suatu hari sabtu, mak aku bertelefon aku dan bertanya khabar. Katanya mahu datang melawat aku dengan isteri di rumah aku. Katanya mahu datang bersama Mak Long aku. Aku dah tak sedap hati. Sebabnya aku tak suka Mak Long aku yang kuat ilmu mistiknya itu datang ke rumah aku.

Ketika itu aku dan Irene sedang berniaga di Pasar Tani berdekatan rumah kami. Aku bagitahu Irene yang mak nak datang tengok menantu dia. Tersengih dia masa tu, happy gamaknya bila nak jumpa mertua buat pertama kali. Terus Irene mengemas segala barang jualan kami dan tergesa-gesa mengajakku pulang kerana dia mahu memasak dan bersiap untuk mak mertuanya itu.

Jam 3.00 petang hari tu, mak aku dan maklong aku sampai dan menekan loceng rumah. Aku bangun dari sofa bergegas membuka pintu. Aku salam tangan mak aku dan peluk mak aku seraya meminta maaf kepadanya atas segala salah silap aku. Irene pun datang salam mak aku, tetapi mak aku taknak peluk dia dengan memberi alasan yang dia tak sihat takut berjangkit. Isteri aku tersipu-sipu malu kerana pelawaannya untuk memeluk mak aku ditolak dan mungkin sebab baru pertama kali berjumpa mak mertuanya.

Namun pada masa sama aku lihat mulut Maklong terkumat-kamit membacakan sesuatu. Mak aku duduk disofa sambil bersembang dengan aku dan berkias-kias marahkan aku kerana kahwin tanpa restunya. Aku selamba sahaja buat tak tahu sambil tukar topik pasal benda lain. Namun mak long, aku lihat dia mundar mandir dalam rumah aku, sekejap tengok ke bilik air, sekejap masuk dalam bilik. Aku dah tak sedap hati. Nak saja aku terajang dia, tapi nak buat macam mana kena hormat orang tua.

Mak Long: Besar juga ye apartment kau ni Daus eh..
Aku: Boleh la 1200 sqf mak long. Ingat macam teringin jugak nak beli lepas ni. Mak long kemana tu? Meh la duduk sembang sini.
Mak Long: Alaaa..ko nak beli apartment je Daus? Anak Mak Long semua beli landed. Naqib (anak maklong) sorang je beli condo. Mak Long tak suka sangat rumah takde tanah ni…
Mak: Hmm tulaa Daus ni.. Aku dah cakap kat dia aku tak suka duduk rumah sarang burung ni..aku gayat.. Tapi dia mana nak dengar cakap aku. Kahwin pun tak dengar cakap aku..
Aku: Bukan taknak beli rumah landed mak.. Kat KL ni semua mahal. Mana Daus mampu..
Mak: Sebab tu lah mak nak kau kahwin dengan anak orang senang..
Aku: Mak..dahdahla.. kenapa nak kena bercakap macam ni. Kang terasa Irene.
Mak: Huh..biarlah dia nak terasa…aku terasa kau tak peduli kan?

Setelah selesai menghidang mee kolok masakan Irene. Irene menjemput mak aku dan maklong untuk makan. Tapi mak aku memberi alasan yang dia berpuasa. MakLong pun berpuasa hari tu katanya. Aku tahu diorang tipu. Tak semena-mena mak aku mengajak Mak Long aku balik tanpa menjamah masakan Irene. Irene kelihatan suram dan sugul. Aku senyum kepadanya dan memberi isyarat tangan ‘Rilek’…

Setelah mak aku pulang, Irene berlari menuju ke bilik dan menangis dia teresak-esak di penjuru katil. Dia dengar segala perli memerli mak aku dan maklong aku terhadap dia ketika dia di dapur tadi. Aku memujuknya dengan membawanya ke IOI City mall haritu. Fuhh lega.. Perempuan dengan shopping tak dapat dipisahkan, tak kisahlah berbangsa apa, agama apa, ataupun keturunan apa. hahah.

Namun keesokan harinya, hari Ahad. Kami hanya duduk dirumah menghabiskan masa bersama-sama. Time tu badan Irene panas dan sering keluar masuk tandas, muntah. Mesti korang boleh syak kan apa yang berlaku. Setelah beli pregnancy test di 7Eleven, Alhamdulillah keluar dua line. Alangkah bahagianya hidup aku waktu itu tahu yang aku bakal menjadi seorang bapa.
Kehidupan kami selepas itu berlalu seperti biasa. Aku sibuk dengan kerja aku, Irene sibuk dengan bisnes dia yang dah semakin maju. Sampai sudah mampu beli Perodua Viva sendiri untuk menghantar kek dia ke customer. Maju juga kau ye wahai isteri. Masuk sahaja kandungan berusia 6 bulan, Irene sudah nampak baby bump dia. Dan dia juga sering mengadu kat aku yang dia mimpi bukan bukan.

Setelah aku berkali-kali tanya dia mimpi apa. Dia tidak mahu menceritakan kepada aku tapi akhirnya tewas juga. Dia mimpi ada orang belah perutnya dan mengambil anak kami. Pada awalnya Irene tak mahu endahkan mimpi tersebut, tetapi mimpi tersebut makin kerap mengganggu tidur malamnya. Aku menjadi semakin runsing dan aku tak tinggalkan bacaan Al-Quran setiap hari di rumah.

Pada suatu hari, Irene ada bleeding. Jadi aku membawanya ke hospital dan doctor menasihatkan dia untuk tidak bekerja berat dan kuat. Jadi dia terpaksa untuk menghentikan perniagaan keknya sementara. Sejak dari pendarahan itu, aku lihat dia makin lemah dan cengkung. Tubuhnya yang sebelum ini agak chubby kerana preggy semakin kurus. Dan aku juga perasan yang isteri aku kerap terjaga tengah malam dan menangis.

Selepas ditanya banyak kali, baru dia bercerita yang dia selalu mimpi mak long aku mengugut mahu membunuh bayi dalam kandungannya. Pada awalnya aku hanya nasihat yang mimpi ni mainan syaitan. Jangan percaya. Tetapi melihat keadaan isteri aku yang tak terurus dan sering demam bila tibanya malam, aku menjadi sedikit ‘protective mode’.

Minggu tu aku mengambil keputusan untuk cuti satu minggu bagi menemani isteri aku yang tak sihat di rumah. Aku juga nekad untuk membawa isteri aku berjumpa Ustaz untuk ‘scan’ apa yang tak kena dengan isteri aku.

Sedang aku bertolak untuk ke Bangi untuk berjumpa dengan Ustaz yang aku sudah buat appointment jam 3 petang, dengan tiba-tiba tayar meletup ditengah jalan. Nasib baik aku mampu mengawal keadaan dan menghentikan kereta dibahu jalan. Aku sudah tahu, confirm ada yang tak suka aku nak bawak isteri aku berubat.

Aku call ustaz, nama dia Ustaz Norman (Semoga Allah merahmatimu) aku cerita apa yang jadi. Dia cakap dia sudah tahu. Dia petuakan aku membaca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi, Serta memainkan CD Al-Quran di radio dan sentiasa berzikir ‘Allahu’ sepanjang masa sebelum keluar dari kereta untuk tukar tayar spare.

Aku buat semua yang dipesannya. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku lagi, aku segera menukar tayar kereta sambil diperhatikan isteri aku yang sedang sarat mengandung dari dalam kereta. Sesekali aku jeling kat dia sambil mengenyit-ngeyit mata. Dia membalas dengan senyuman dan ketawa kecil. Kasihan aku tengok keadaan dia yang lemah waktu itu.

Sesampainya dirumah Ustaz di Bangi, dengan tiada sebarang amaran, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, guruh berdentum kuat dengan kilat menyambar pokok berhampiran kereta aku. Irene yang ketakutan terus memegang erat lenganku. Keadaan hujan lebat ini seakan tidak membenarkan kami masuk kedalam rumah Ustaz tersebut. Tetapi syukur selang beberapa minit, kereta yang diparking di dalam porch rumah ustaz keluar dari porch, dan aku ternampak Ustaz Norman melambai-lambai suruh aku masuk parking kereta didalam porch rumahnya.

Kami berdua masuk ke dalam rumahnya dan menunggu di sofa untuk sesi rawatan. Ustaz menyiapkan segala barangan untuk sesi rawatan. Selepas itu Irene dan aku diminta untuk ke ruang tamu kedua rumah ustaz. Di situ ada isterinya juga yang membantu untuk proses perubatan ni.

Ustaz: Suruh isteri kamu duduk di atas sejadah ini ye. Kaki menjulur ke depan. Lepas itu balut isteri kamu dengan kain sejadah yang dilipat ditepi itu.
Aku: OK ustaz.

Ustaz kemudian memakai serban dia dan duduk bersila di sebelah isteri aku. Ustaz kemudian membaca beberapa surah dan doa kemudian dia angkat tangannya dan menghala ke arah Irene seperti mahu scan badan Irene.

Ustaz: Ada benda ini dekat isteri awak. Dia dah bersarang
Aku: Benda apa Ustaz? Dari mana dia datang? Boleh tolong buang tak ustaz?
Ustaz: Ada orang hantar sihir ini. Orang ini berdengki, marah dekat isteri kamu. Dia nak isteri kamu mati.
Aku: Astaghfirullahalazim…Siapa Ustaz??!!Kenapa dia buat macam itu? Ya ALLAH..

Ustaz: Siapa itu tak penting.. Ustaz cuba berubat dulu ye isteri awak.
loading...