Jumaat, 21 April 2017

Saya Tahu Dia Ditangkap Pun Selepas Dihubungi Media - Bapa Benjy

Bapa kepada pelakon Benjy yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia, Khairil Anwar ZM Rashidi, berkata hanya mengetahui mengenai berita tersebut selepas dihubungi media.

Khairil Anwar, 65, atau Karl ketika diminta mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, berkata, tiada apa yang boleh dijelaskan lagi.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media.

"Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes terbabit.

Difahamkan, Khairil Anwar, kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.
"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?," katanya.

Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di lapangan terbang Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram di negara itu. Sumber: BH Online
loading...