Rabu, 5 April 2017

Seorang Remaja Maut Ditikam Sehingga Usus Terburai.

Seorang remaja yang bakal menyambut hari lahirnya empat hari lagi tidak kesampaian apabila arwah maut di tikam sehingga usus terburai dalam kejadian curi, rompak, dan bunuh di lampung Kampung Natar semalam.

Dimaklumkan ketika itu Bunga Fikalia baru sahaja balik dari kerja sebagai pengukur kelapa ingin ke pasar bagi menolong ibunya menjual kek menaiki motorsikal.

Dalam perjalanan tersebut dipercayai mangsa ditikam dari belakang oleh sekumpulan lelaki tidak di kenali sebelum perutnya di robek sehingga maut.

Sekumpulan lelaki berkenaan juga turut melarikan motor milik mangsa.

Parjiah 42 tahun, ibu kepada Bunga tidak dapat menahan pilu apabila anak sulung yang merupakan tulang belakang dan harapan keluarga mereka selepas ketiadaan bapanya itu kini sudah tiada.

Parjiah juga berkata bahawa anaknya itu sempat meminta izin kepadanya untuk membuat doa selamat bagi meraikan hari lahirnya yang ke 18.

Mangsa adalah anak sulung dari tiga beradik yang merupakan seorang pelajar cemerlang.

Namun sayang arwah sengaja berhenti sekolah semata-mata untuk memberi ruang kepada dua adik kembarnya untuk belajar memandangkan mereka bukanlah keluarga yang senang.
loading...