Rabu, 12 April 2017

Suami Guna Simen, Balas Dendam Pada Isteri

Hanya kerana menukar nama untuk tujuan promosi perniagaan, seorang suami bertindak mencurah bancuhan simen ke dalam kereta isterinya.

Berang dengan perbuatan isterinya, lelaki warga Rusia itu telah meminta pemandu lori menuang simen itu ke dalam kereta yang sangat disayangi isterinya.

Ia bagi membalas dendam terhadap tindakan isterinya menukar namanya untuk mempromosi sebuah pasaraya.

Di sini, pelanggan yang secara sah menukar nama mereka kepada nama sebuah pasar raya Rusia (Veniy) akan menerima RUB50,000 (RM3,891) sebulan.

Segalanya berlaku kerana pasangan itu berdepan masalah rumah tangga dan tindakan isterinya menukar nama menjadi kemuncak krisis perkahwinan mereka.

Video perbuatan lelaki itu dirakam di bandar ini menunjukkan lelaki itu mengarahkan sebuah lori simen melepaskan bancuhan itu hingga paras cermin tingkap  kereta isterinya.

Sebelum itu, wanita berkenaan telah  mengaku kepada suaminya tentang tindakannya mengubah namanya.

Pengakuannya sekali gus mendorong suaminya untuk membalas dendam.

Lelaki itu dikatakan mendapat idea untuk berbuat demikian kerana mengetahui isterinya sangat sayangkan keretanya.
loading...