Rabu, 5 April 2017

Suami Hamilkan Pengasuh Dan Memaksa Melakukan Seks Beramai-Ramai Sepanjang 10 Tahun

Las Vegas – Bekas anggota Spice Girls, Mel B, mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah mendakwa suaminya, Stephen Belafonte, memukulnya, menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.

Mel, 41, membuat dakwaan mengejutkan itu dalam dokumen yang difailkan di mahkamah menuntut Stephen menjauhinya serta tiga anak mereka.

Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu bulan lalu, mendakwa penderaan itu bermula pada tahun pertama perkahwinan mereka pada 2007.

Daily Mail hari ini, yang memetik laporan TMZ, menyatakan Mel mendakwa ditumbuk, mencekik dan menghempasnya ke lantai ketika dia membuat persiapan rancangan televisyen Dancing With The Stars.

Mel mendakwa penderaan menjadi rutin apabila dia berjaya kerana Stephen mahu mengingatkan bahawa dia berkuasa dan dalam satu kejadian, bibirnya pecah ditumbuk selepas rakaman Mel dengan Usher pada 2012.

Selain penderaan fizikal itu, Mel mendakwa Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu. Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000.

Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan. Stephen menafikan semua dakwaan itu.-Harian Metro
loading...