Ahad, 23 April 2017

Suami Jadi Gila Selepas Ceraikan Isteri Untuk Berkahwin Lain.

Gambar Hiasan
Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tidak berguna begitulah perumpamaan yang boleh di beri pada episod kali ini,yang berkongsi kisah seorang suami yang menyesal sepanjang hayatnya apabila perbuatan menzalimi isteri sendiri dan pada akhirnya menyesal tak sudah!

Ikuti kisah yang di kongsikan oleh Anak beliau sendiri, nama dan lokasi di rahsiakan atas permintaan empunya diri, hanya yang mampu beliau kongsikan adalah kisah benar yang berlaku untuk di jadikan pedoman dan iktibar.

Suami yang terbaik apabila dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna kepada isteri dan anak-anak

Ayah dan Ibuku berkahwin atas dasar suka sama suka dan bukannya pilihan keluarga masing-masing, tetapi telah mendapat restu dari kedua belah pihak.

Aku merupakan anak sulung dan aku mempunyai dua adik beradik yang lain hasil dari perkahwinan ayah dan ibu,Menurut ibuku di awal perkahwinan segalanya baik-baik saja sehinggalah aku di lahirkan.

Setelah aku selamat di lahirkan ibu, Ayahku mula berubah sikap,terutama dalam soal tanggungjawabnya sebagai bapa dan ketua keluarga.

"Abang, susu anak kita sudah habis, abang boleh beli kan tak?"tanya ibu kepada ayah sewaktu di lihatnya susu untukku sudah habis.

"Menyusahkan sajalah,gaji kita tak seberapa,tak boleh kah awak ajar bagi makan bubur ke,."rungut ayah ketika dia pulang dari kerja menurut kata ibu.

"Tak baik abang berkata begitu,ini kan anak kita,tanggungjawab kita,lagipun anak kita baru berusia 2 tahun,saya tak berani nak bagi makan yang bukan-bukan,."balas ibu


"Tengoklah nanti,."jawapan yang cukup ringkas ayah berikan pada ibu dengan wajah masam mencuka sambil berlalu pergi dari ruang tamu rumah.

Sampai keesokkannya ayah langsung tidak membelikan susu buatku,ibu menjadi semakin risau dengan keadaan itu.

"Nora,maaf lah pagi-pagi datang rumah kau ini, aku nak pinjam sikit duit boleh? kalau tak ada kau berikan sikit susu, laki aku dari semalam aku minta dia beli susu sampai ini dia tak belikan"Ibu dengan tanpa segan dan nekad telah pergi ke rumah jiran kami iaitu nora yang telah menjadi jiran kami sejak ayah dan ibu berpindah ke sini.

"Boleh Mia,nasb baik abang karim kau ada bagi aku wang belanja, tak mengapalah kau guna lah dulu ya,."jawab Nora dengan penuh kelembutan

"Terima kasih sangatlah nora, nanti aku minta wang pada laki aku gantikan duit ini ya,terima kasih sangat,aku minta diri dululah,aku nak ke kedai beli susu anak aku ini"ujar ibu sambil meminta diri setelah Nora memberi kan sedikit wang untuk membeli susu ku.

Malam itu setelah ayah pulang dari tempat kerja,.

"Abang,nanti abang kena gantikan wang nora jiran kita ya,saya terpaksa pinjam dulu untuk beli susu anak kita ini,."

"Yang awak suka-suka hati pinjam duit orang kenapa???nak malukan saya??"tiba -tiba-tiba saja ayah naik angin malam itu.

"Abang,saya dah beritahu abang susu anak kita dah habis, abang tak beli pun pagi ni abang terus  pergi kerja",.jawab ibu,.

"Menyusahkan betul lah! ambil ini!!"nampaknya ayah benar memarahi ibu, wangnya dari dompet di ambil dan di campakkan begitu saja di depan ibu, berjurai airmata ibu ketika itu.

Rezeki Allah Awt,Ibu di kurniakan Anak Kembar sewaktu aku berusia 6 tahun,namun insan yang bergelar ayah itu langsung tidak gembira menyambut kelahiran bayi barunya itu.

"Mana nak dapat duit banyak Mia, sampai dua keluar,.awak bukan tak tahu saya ini kerja kuli saja"keluh ayah sewaktu ahli keluarga dan saudara mara kami yang lain baru pulang dari melawat ibu di sebuah hospital kerajaan untuk melahirkan adik kembarku.

"Abang,inikan rezeki kita yang Allah bagi, kenapa abang nak cakap begitu?keluh ibu,remuk hatinya mendengar kata-kata ayah yang menyakitkan

"Awak cakap senang,yang tanggung siapa?yang keluar duit siapa?ayah membalas semula kata-kata ibu

Ibu hanya mendiamkan diri,malas di layan kata kata ayah,lagi di layan sakit hati yang dapat,.

Kini adik kembarku sudah pun berusia 5 tahun, manakala aku sudah masuk 10 tahun ketika itu, kehidupan kami seperti biasa tetapi ayah masih tak berubah,tak hendak dia memanjakan kami apabila aku atau adik kembarku mendekatinya umpama singa yang sedang lapar,maka sebab itulah kami tidak berani mendekati ayah sendiri.

Sehinggalah aku berusia 17 tahun,yang mana aku sudah agak matang sedikit,hingga sanggup meringankan beban ibu dek kerana ayah yang tidak bertanggungjawab!

pulang dari sekolah,aku akan pergi bekerja di kedai makan mak nora jiran serta kawan baik ibu ku,hari hari aku lakukan benda yang sama,jika tidak sekolah,maka lebih awal aku pergi membantu mak nora, mak nora dan suaminya sangat baik, terkadang apabila aku sudah mahu pulang dari kedai mereka,ada saja yang di beri lauk untuk di bawa pulang, dapat jugalah ibu serta adik beradikku makan yang enak-enak.

Ayah?? jangan kan ayam,ikan pun jarang bawa pulang!Entah apa di fikiran ayah aku pun tak tahu,.yang aku tahu dia bukan ambil berat lagi pada kawan-kawannya,pernah satu ketika dia tidak pulang ke rumah dua hari semata-mata mahu menjaga kawannya masuk hospital!jika ibu sakit atau demam,dia buat tak tahu saja,untung ada aku dapat juga aku menjaga ibu ketika ibu sakit.

Dugaan mendatang,Ayahku kahwin lagi!Hancur remuk hati ibu ketik itu,keluarga yang ada pun tak terjaga ini kan pula mahu berkahwin lain.

Ibu redha dan pasrah saja dengan takdir ini,malah semakin ibu beralah semakin ayah naik lemak!terkadang seminggu sekali saja ayah pulang,selebih nya dia di rumah iteri mudanya itu.

"Abang,Naz dapat tawaran sambung belajar,kalau boleh abang bantulah apa yang perlu,."ujar ibu sewaktu ayah berada di rumah,ketika itu aku telah berjaya mendapat tawaran belajar ke kolej setelah cemerlang dalam SPM yang lepas.

"Mana nak cari duit?sini nak duit,sana nak duit!lama lama aku ni terkangkang mati di tengah-tengah!kalau dia nak belajar kolej suruh dia cari kerja sambilan,aku memang tak mampu nak tolong apa-apa!"jawab ayah,bukan setakat ibu,malah hatiku bagai di ketuk dengan penukul ketika itu dengan kata-kata ayah!

"Awak ini kenapa??sejak anak-anak kita kecil sampai sekarang awak tak pernah berubah!maafkan saya,buka saya nak derhaka tapi abang fikirlah tanggungjawab abang pada keluarga kita,."nampaknya ibu semakin hilang sabar tetapi ibu masih tidak meninggi kan suara kerana dia tahu,dia seorang isteri.

"Tahu pun awak,habis awak lahir anak ramai-ramai kenapa?yang susahnya saya!balas ayah dengan nada yang cukup keras!

"Abang,untuk apa abang kahwin saya kalau abang tak oleh bertanggungjawab sebagai suami dan ayah??"soal ibu,dia masih rasa tidak puas hati kerana sikap ayah yang mempertikaikan kelahiran kami semua.

"Aku tak bertanggungjawab ya???baik,sekarang aku akan jadi tak bertanggungjawab lagi selepas ini,aku lepas kan kau,...."tiba-tiba perkataan itu terbit dari mulut ayah!ibu bagaikan tak percaya dengan lafaz cerai yang di ungkapkan ayah sebentar tadi.

Dekat seminggu juga ibu termenung dan bermuram, kasihan ibu di perlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.

Akhirnya ibu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dengan membawa kami tiga beradik,di sana ada datuk dan nenekku yang sangat penyayang dan mengambil berat.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran ke kolej, memandangkan ibu dan adik beradik aku telah selesa tinggal di kampung lagipun ada datuk dan nenek maka aku tidak perlu risau,manakala wang perbelanjaanku di kolej turut di bantu oleh datuk hasil dari mengerjakan ladang 20 ekarnya itu dengan di bantu ibu,aku tekad untuk belajar bersungguh sungguh agar aku dapat pekerjaan yang baik serta dapat memberi kesenangan pada keluargaku kelak.

Tiga Tahun berlalu,Satu berita gembira yang ku terima,ibu memaklumkan kepada ku yang dia akan berkahwin dengan Insan yang ku kenali iaitu abang arif,beliau merupakan usahawan  kecil di kampung kami,beliau memang sangat baik,boleh dikatakan abang arif juga banyak membantuku sepanjang belajar di kolej,kini aku sudah mulai bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang lumayan,pada mulanya aku mahu menyambung ijazah tetapi abang arif yang memperknalkan kepada ku rakan baiknya yang juga usahawan berjaya,maka di tawarkan aku bekerja,untung aku ketika itu kerana mengambil jurusan perniagaan.

Entah bagaimana sewaktu aku keluar makan tengahari aku terlihat satu susuk wajah yang amat aku kenali!malah tak senang aku nak makan ketika itu di buatnya,aku perhatikan betul-betul,setelah di teliti tersentak aku di buatnya apabila aku amati yang meminta sedekah itu adalah ayahku!

Apa sudah jadi?mengapa ayah dalam keadaan begini?di mana isteri barunya?persoalan demi persoalam bermain di fikiranku.

Tanpa berlengah lagi aku mendekati "Ayah" yang ketika itu kelihatan tidak bermaya sambil di tangannya terdapat satu tin kosong yang di pegangnya dari tadi.

"Ayah,...."sapa aku,.namun ayah hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil tertunduk

"kenapa ayah macam ni??soal ku lagi apabila sapaan pertama ku tadi tiada respon dari ayah.

"Mia mana mia,...mia,...........balik lah mia,......."tiba-tiba ayahku menyebut nama ibuku,.dan aku merasakan sesuatu yang ganjil pada ayah,ayah seakan sudah tidak siuman lagi.

"Ayah,ini saya ayah,anak ayah,...."ujarku tanpa segan silu di kaki lima itu,walaupun ayah dulu memberi aku layanan yang buruk kepada aku tetapi aku tidak menyimpan dendam kepadanya.

Tak semena-mena ayah bangun dari kaki lima itu sambil menyebut-nyebut nama ibu aku, aku cuba mengejar ayah namun oleh kerana keadaan lalu lintas yang agak sibuk membuatkan aku sukar untuk mendapatkan ayah.

TIBA-TIBA,...

Jasad ayah terbaring di tengah jalan!sebuah motor yang laju walaupun ketika itu jalan agak sesak telah melanggar ayah!Aku segera menghubungi Ambulan untuk mendapatkan bantuan rawatan dari pihak hospital.

Ketika itu ayah dalam keadaan yang cukup lemah sementara darah tak henti-henti mengalir.

Takdir mengatasi segalanya,Umur ayah cuma setakat itu,ayah tidak dapat di selamatkan,.

Aku memberitahu pada ibu atas apa yang berlaku,ibu hanya berpesan kepada kami tiga beradik,walau apa pun yang ayah pernah lakukan,maafkanlah dia dan doakan untuknya.

Semasa bercuti dan mahu pulang ke kampung,aku sempat menziarahi mak nora jiran kami yang sangat baik dengan kami dulu,dan di situ terbongkar segala cerita tentang ayah.

Menurut Mak Nora,selepas ibu serta kami tiga beradik berpindah pulang ke kampung halaman kami,ayah ada pulang membawa isteri barunya itu.

Namun isteri baru ayah kurang di senangi ramai kerana sikap yang pelik dan sombong!semenjak ayah dan isteri barunya berpindah di situ,ada saja pertengkaran yang kedengaran,sehinggalah suatu hari isteri barunya telah lari dari rumah sewaktu ayah sedang bekerja.

Keadaan emosi ayah menjadi semakin tidak terkawal seminggu selepas itu namun, yang peliknya ayah tidak langsung menyebut nama isteri barunya, menurut Mak Nora ayah hanya menyebut nama Mia Ibu ku.

Sehingga lah ayah sudah tidak pulang pulang ke rumah itu, Rupanya ayah sudah pun bergelandangan di Bandaraya Yang tidak jauh dari penempatan kami ketika itu,Takdir juga yang mempertemukan aku dan ayah apabila bekerja dengan rakan usahawan ayah tiriku,.

Sekarang kehidupan aku dan keluarga jauh lebih baik dari sebelumnya, jika dulu aku sedikit pun tidak merasa kasih sayang seorang ayah, tetapi kini walaupun aku dan adik beradikku hanya ada ayah tiri tetapi kasih sayang kepada kami di curahkan umpama anak kandung, aku bersyukur kerana ibu layak mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas  bersama suami barunya itu.

Begitulah   Kisah Rumahtangga Sesalan Seorang Suami ,Apabila mahu berkahwin bukan sekadar berkahwin tetapi apakah sudah sanggup untuk menggalas tanggung jawab yang besar untuk keluarga?Berkahwin bukan barang mainan,dan berkahwin bukan sekadar untuk nafsu tetapi tanggujawab untuk menjadi ketua keluarga dengan sempurna.

Semoga kisah ini dapat di jadikan pedoman dan iktibar,hargai lah insan bergelar isteri dan bersyukurlah dengan kurniaan cahaya mata hadiah dari Allah Swt yang cukup besar bagi pasangan suami isteri.
loading...