Khamis, 20 April 2017

Suami Mengamuk Akibat Bentan Selepas Sunat, Tumbuk Dan Ludah Isteri Sarat Mengandung.

Sambil berbaring, Hengki Qeli Dawi Alias Abdul Majid 22 tahun merintih kesakitan di bahagian kemaluannya itu akibat daripada bersunat.

Jeritan si suami yang bekerja sebagai buruh binaan tersebut membuatkan hati isterinya itu gelisah.  Si isteri cuba untuk menenangkan suami yang di kahwininya dua bulan yang lalu. 

Walaupun untuk mengurus diri sendiri pun terasa payah kerana sedang sarat mengandung, namun beliau tetap berusaha untuk menghiburkan Majid iaitu suaminya yang sedang kesakitan. Memang pasangan tersebut baru sahaja berkahwin tetapi isterinya itu telah mengandung sebelum mereka berkahwin lagi.

Majid yang sedang berbaring terus sahaja berdiri ketika dihampiri isterinya itu sambil memaki hamun beliau. Kejadian yang berlaku pada hari Isnin yang lalu pada pukul 7 malam tersebut menyebabkan wanita berusia 21 tahun tersebut terkejut dengan tindakan suaminya itu yang turut meludah dia sambil melemparkan sumpah seranah.

"Tidak puas dengan memaki hamun saya, dia telah memukul kepala serta mata sebelah kiri saya," katanya dalam laporan polis yang dibuatnya pada Selasa pukul 4 petang.

Dia hanya mampu menangis diperlakukan sebegitu sambil berjalan menuju ke rumah Mardiana 41 tahun yang merupakan tuan rumah yang mereka sewa sekarang.

"Dia ini memang selalu dipukul oleh suaminya (Majid). Lepas kena pukul dia pasti datang ke rumah saya untuk berlindung. Kelmarin dia pun sampai jatuh tangga sewaktu hendak ke rumah saya," kata Mardiana.

Oleh kerana merasa kasihan dengan keadaan mangsa, lalu Mardiana pun menceritakan kekerasan rumah tangga yang berlaku kepada kedua orang tua mangsa. Majid yang pernah dipenjara selama 10 bulan kerana berjudi cuba melarikan diri ke kampung halaman dengan meninggalkan isterinya yang sedang hamil 8 bulan selepas perbuatannya di ketahui oleh kedua orang tua isterinya itu.

Perbezaan agama antara Majid dan isterinya itu membuatkan hati ibu mangsa tidak tenteram. Lalu dia meminta agar Majid menukar agamanya terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan mangsa. "Majid pun bersetuju untuk menukar agamanya itu dan bersunat selari dengan tuntutan agama yang menuntut agar kaum lelaki bersunat," kata ibu kandung mangsa.

Perasan gelisah seorang ibu masih lagi ada walaupun selepas Majid selamat bersunat. "Rupa-rupanya anak saya selalu dipukul sedangkan saya sebagai ibu pun tidak pernah memukulnya," tambahnya lagi.

Rasa sakit hati anaknya dipelakukan sebegitu rupa menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis, Majid yang sedang berbaring di depan television dengan berkain pelikat terkejut ketika melihat beberapa orang polis datang ke rumahnya itu.

Majid yang nyata terkejut dengan kehadiran pihak polis terus berdiri ketika di tegur tanpa memikirkan kesakitan di bahagian kemaluannya itu sambil berjalan ala orang bersunat menghampiri anggota polis tersebut.

Apa yang menjadi motif tertuduh sehingga sanggup menganiayai isterinya yang sedang sarat mengandung sedangkan mereka sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atas kesalahan kekerasan rumah tangga.
loading...