Sabtu, 8 April 2017

Suami Paksa Isteri Lakukan Seks Dengan Rakan Sendiri

Padang Terap: Tindakan seorang lelaki warga emas melacur isteri kepada rakannya sebanyak dua kali untuk mendapat upah RM20 sejak bulan lalu mengundang padah apabila dia ditahan bersama rakannya itu di Padang Sanai, di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama jam 11 malam itu pertengahan Mac lalu, mangsa berusia 63 tahun dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 61 tahun.

Menurut sumber, suaminya berusia 69 tahun turut menyaksikan perbuatan terkutuk sebelum menerima upah sebanyak RM20.

"Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suspek namun disebabkan suaminya bersifat panas baran dan akan memukulnya jika enggan mengikut arahannya menyebabkan dia akur dan kali terakhir dirogol pada Ahad lalu.

"Dia yang tidak tahan menjadi hamba nafsu seks suspek kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suami mangsa dan rakannya sudah ditahan dan direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan.-Harian Metro
loading...