Sabtu, 1 April 2017

Suami Tuduh Isteri Curang, Suami Isteri Gantung Diri Bersama

Pasangan suami isteri ditemui maut dalam keadaan tergantung di sepohon pokok berdekatan sungai, pasangan tersebut di katakan telah menggantung diri sendiri bersama. Mayat kedua-duanya ditemui di Dusun Wonorejo Desa Slemanan Blitar Jawa Timur semalam sekitar pukul 7.00 pagi.

Paur Humas Polres Blitar, Kota Bripka Joko Pramusinto mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, mangsa tersebut dikenali Meseno 52 tahun dan Siti Nafiah 51 tahun telah ditemui oleh seorang jiran mangsa yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Mereka nekad menggantung diri kerana Meseno menuduh isterinya curang dengannya “Pasangan gantung diri ini ditemui berdekatan sungai telah pun meninggal dunia”.

Menurut pengakuan anak pertama mangsa, orang tuanya kerap bertengkar sejak 10 bulan terakhir,” kata Bripka Joko.

Pihak polis yang sampai ke lokasi kejadian membawa kedua mayat tersebut ke hospital untuk di bedah siasat, sementara ahi keluarga dan ketiga-tiga anak mangsa kelihatan tidak mampu menahan sedih di luar bilik jenazah.


loading...