Selasa, 25 April 2017

Suami Tumbuk Jerung Untuk Selamatkan Isteri

Seorang wanita Britain nyaris maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang tidak jauh dari Pulau Ascension di kawasan perairan Atlantik Selatan dekat sini, kelmarin.

Wanita tersebut dipercayai terselamat selepas suaminya menumbuk jerung terbabit dalam usaha menghalau ikan pemangsa itu, lapor BBC yang memetik kenyataan satu sumber kepada The Times.

Difahamkan, wanita yang bekerja di St. Helena itu kemudian dirawat di sebuah hospital tempatan sebelum berlepas pulang ke Britain sebaik sahaja rawatan tersebut selesai.

St. Helena terletak di kawasan perairan milik Britain iaitu kira-kira 1,850 kilometer (km) dari luar kawasan pantai barat Afrika.
loading...