Khamis, 13 April 2017

Sung Yuri Mengaku Suka Makan Semut

PERCAYA atau tidak aktres Sung Yuri mendedahkan dia suka makan serangga iaitu semut.

Dedah pelakon itu ketika kecil dia suka makan semut kerana merasakan ia mempunyai rasa yang pelik tetapi sedap.

Tetapi kata Sung Yuri, tabiat itu hanya dilakukan ketika dia kecil dan bukannya masih makan semut sehingga ke hari ini.

"Dulu semasa saya masih kecil saya suka makan semut.

"Bahagian belakang semut ada satu rasa yang pelik tetapi saya menyukainya," katanya seperti dilaporkan Allkpop.


Sung Yuri mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program Give Me a Meal baru-baru ini.-mStar Online
loading...