Rabu, 12 April 2017

Suspek Sembelih 5 Sekeluarga Akhirnya Berjaya Ditangkap.

Misteri pembunuhan lima sekeluarga yang maut disembelih di Medan Deli, Indonesia akhirnya berjaya dirungkai apabila tertangkapnya seorang suspek yang dipercayai berkait rapat dengan kes pembunuhan tersebut.

Andi lala yang juga dikatakan memiliki tali persaudaraan dengan mangsa disahkan menjadi dalang utama pembunuhan tersebut.

Mangsa dan tertuduh merupakan sepupu, namun motif  suspek sanggup membunuh kelima-lima saudaranya itu masih belum dapat dipastikan.

Bukan hanya Andi lala, isteri serta kedua orang tuanya yang disyaki turut memiliki kaitan dengan pembunuhan juga turut ditahan oleh 25 anggota polis yang mengepung rumahnya petang semalam di lubuk pakam.

Direktorat Siasatan Jenayah Awam (Ditreskrimum) Sumatera Utara Pesuruhjaya Polis Nurfallah berkata dari ketiga-tiga suspek yang di kenali hanya seorang suspek sahaja yang benar-benar melakukan pembunuhan lima sekeluarga itu, manakala dua lagi hanya bertindak sebagai pembantu.

Pada masa yang sama tersebarnya isu dari mulut ke mulut bahawa motif pembunuhan 5 sekeluarga berkait rapat dengan hak pemilik rumah yang diduduki mangsa namun pihak polis Polda Sumut masih lagi enggan memberikan komen lebih lanjut.

“Hal itu masih dalam siasatan,yang jelas kita sudah menahan satu suspek,berikan kami masa dan ruang untuk menyiasat sepenuhnya agar kes ini cepat selesai dan suspek dihukum dengan segera”katanya.
loading...