Khamis, 27 April 2017

Symsul Yusof Luah Rasa Syukur Dengan Kehadiran Anak

Rasa bersyukur dan keterujaan memang jelas terpancar di wajah pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, sejak kehadiran cahaya mata pertama dalam hidupnya. Tak kurang juga si isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah, tentunya lebih gembira setelah lama menantikan untuk mempunyai zuriat.

Minggu lalu Puteri Sarah telah selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul. Sedap dan pandai pasangan ni meletakkan nama anak mereka. Syaikhul pun comel dan sejuk di pandangan mata yang menatapnya.

Berikut antara gambar dan luahan Syamsul sejak bergelar bapa;

“Lama ayah tunggu Syaikhul..tunggu dgn penuh pengharapan.Akhirnya dgn izin Allah Syaikhul Islam hadir jua dlm hidup ayah.

“Ya Allah..sememangnya banyak ujian dlm hidup ini amat bermakna jika kita benar2 mahu menghayatinya.Terima kasih atas doa kalian semua.

“#AjaibnyaTawakal #MahaSuciAllah #Alhamdulillah #DeeplyGreatful #SyamsulYusof #TangisanKesyukran,” coretnya sambil mendakap penuh kasih sayang dengan Syaikhul.

Tidak kurang juga peminat Syamsul, mereka teruja betul melihat wajah comel Syaikhul tu. Berikut merupakan antara komen dan pujian serta doa peminat ke atas putera kesayangan pasangan Syamsul dan Puteri Sarah.

“Alhamdulillah and big thank to the mom. Tengok rupa Syaikhul ni macam ikut maknya, mata bulat, pipi petak. Geram! Semoga baby dan parents sentiasa jauh dari hasad dan fitnah umum ya,” ucap Nazarael.

“Sedap nama anak bro, ingat saya lagi kita pernah jumpa di zaman jahil, hidayah milik Allah,” komen Tengku.

“Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar. Semoga baby Syaikhul Islam jadi anak soleh berjaya dunia akhirat, amin. Puteri Sarah Syamsul Yusof tahniah… Sarah selamat berpantang dan jaga diri elok-elok,” komen Mymarket.

“Tahniah Sarah dan Syamsul. Semoga baby menjadi anak yang soleh. Amin,” tulis Yulenda.

“Tahniah semoga jadi anak yang soleh dan taat kepada ibu dan ayahnya amin,” komen Nick Syarindah.

“Assalamualaikum Syaikhul, aunty doakan Syaikhul Islam menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb,” komen Amyy Zahira.

Daripada warga MH Online juga mengucapkan semoga Syamsul dan Puteri Sarah dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh, taat dan menghormati kepada orang tua dan mendengar kata. Buat Puteri Sarah selamat menjalani fasa berpantang.-MEDIA HIBURAN
loading...