Selasa, 11 April 2017

Terkejut Jumpa Emas Bernilai RM11J Dalam Kereta Kebal.

NORTHAMPTONSHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki yang membeli kereta kebal di laman lelongan ebay dengan harga £30,000 (RM165,514) terkejut selepas menjumpai jongkong emas bernilai £2 juta (RM11j) tersembunyi di dalam tangki minyak kenderaan tentera itu.

Nick Mead, 55, menemui emas berkenaan di dalam kereta kebal T54 Russian/69 yang dibeli bersama dengan rakan mekaniknya, Todd Chamberlain.

Ketika membuka penutup tangki berkenaan, dia menemui lima jongkong emas padat yang mempunyai berat 5.4kg setiap satu dan dipercayai bernilai sekitar £2 juta (RM11 juta).

"Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kami tidak boleh mengambil lima jongkong emas dan menjualnya tanpa disoal siasat, jadi kami mengambil keputusan menghubungi polis," katanya.

Nick mempunyai koleksi 150 kenderaan perang di ladangnya di Helmdon, Northamptonshire.

Selepas melihat kereta kebal berkenaan diiklankan di laman ebay, dia menjual lori tentera dan pistol Abbot bernilai  £30,000 untuk membeli kenderaan itu.

Pasangan itu percaya emas itu dirompak oleh tentera Iraq di Kuwait semasa Perang Teluk pada awal 90-an.

Jongkong emas berkenaan kini diambil oleh polis untuk analisis.-Sinar Harian
loading...