Isnin, 3 April 2017

Tersentap Rasa Hati, Tertera Minyak Yang Mereka Isi Tadi RM1.00.

Menjelang petang urusan di Kuantan baru sahaja selesai, penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sungai Soi.

Setibanya di lampu isyarat Kampungg Pak Mahat, terlihat seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal, dengan cepat memintas mereka, rupa-rupanya terdapat tin dan botol kosong. 

Katanya mereka memang setiap hari mencari botol dan tin kosong, selepas balik dari sekolah, anak sulungnya itu akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual keesokannya.

Terlihat anaknya yngg masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan anak yang sebaya anak saya itu, betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya. 

Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi teragak-agak mereka untuk mengambilnya, seketika mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.

Saya meneruskan perjalanan dan singgah di stesen minyak kempadang, setelah membeli di kedai serbaneka terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak, saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak, tersentap rasa hati tertera minyak yang mereka isi tadi hanya RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi sedih sangat rasanya.

Di zaman yang serba mencabar ini, inilah hakikatnya, moga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak beranak yang seramai 7 orang itu. sumber facebook:EmanPanji
loading...