Ahad, 16 April 2017

Tok, Kenapa Mak Dan Abah Tak Nak Datang Tengok Kinara?

Setiap hari menjalani rawatan akibat cedera retak tengkorak kepala, Kinara mangsa yang selamat tragedi kes sembelih 5 keluarga di medan baru-baru ini sudah mula bertanyakan tentang keluarganya.

Namun Wagima mengaku cucunya itu kerap memanggil-manggil arwah ibu dan bapanya, Yang dia panggil mak dan abah setiap malam.

“Tiap malam dia menangis sambil  memanggil kedua arwah, untuk menenangkan kinara atuknya itu terpaksa berbohong.

Dia selalu bertanya kenapa mak abah dan kakaknya tidak mahu datang menjenguknya yang sakit?

Saya selalu mengatakan bahawa mak abahnya telah di rawat di hospital kerana sakit, kata Wagima menghembus nafas dalam.

Selain itu Wagima juga berkata bahawa dia berjanji akan merawat Kinara satu-satunya cucunya  hingga akhir hayatnya.

Bagaimanapun Menteri Perlindungan Kanak-Kanak Khofifah telah datang ke hospital Adam Malik Medan dengan membawa beberapa mainan.

Melihat bungkusan itu kinara langsung bangun dan mengajak Khofifah untuk bermain masak-masak bersama, Pun kinara sempat bercerita bagaimana dia dan arwah kakaknya dulu bermain masak masak.
loading...