Ahad, 2 April 2017

Trailer Filem `IT’ Catat Lebih 200 Juta Tontonan

Baru keluar trailer namun filem seram `IT’ telah mencatatkan tontonan melebihi 264 juta, mengalahkan rekod yang dipegang oleh filem The Fate Of The Furious iaitu 58 juta.

Menariknya, angka berkenaan diperolehi dalam tempoh 24 jam trailer tersebut diterbitkan.

Ia bakal menemui penonton pada bulan September ini.

Filem ini diangkat dari novel yang mempunyai judul yang sama, hasil karya novelis terkenal Stephen King. Ia menggunakan set masa lampau pada tahun 1980-an.

Ia mengisahkan badut pembunuh yang mengerikan, dikenali sebagai Pennywise yang menjadi dalang kepada kehilangan kanak-kanak di Maine, Amerika Syarikat.

Filem ini diarahkan oleh Andrés Muschietti. IT pernah muncul di layar kaca televisyen pada tahun 90-an.

Hanya melihat trailer sahaja, filem IT ini bakal memberikan kejutan dan menyeramkan.
loading...