Rabu, 26 April 2017

Ucapan Untuk Kekasih Curang Pada Majlis Perkahwinan Jadi Tular

JAKARTA – Penyebaran gambar hiasan bunga dengan ucapan yang dipercayai dihantar seorang wanita pada majlis pernikahan bekas kekasihnya menjadi tular di media sosial Indonesia.

Menurut Agensi,menghantar hiasan bunga dengan ucapan tahniah pada majlis perkahwinan juga adalah perkara biasa di negara itu.

Bagaimanapun, hiasan bunga yang dihantar pada satu majlis perkahwinan ini menarik perhatian ramai kerana mesejnya sangat mengejutkan.

Ucapan pada hiasan bunga itu berbunyi, ”Met Nikah Mas (selamat bernikah Abang). Semoga Bahagia dengan Kehidupan barumu. Mas jahat!!!! (Abang jahat).

“Aku yang pernah seranjang denganmu.”lapor Metro.

Ucapan itu diakhiri dengan tulisan (KBRD) dipercayai singkatan nama wanita berkenaan.

Walaupun tempat atau tempoh gambar hiasan bunga itu dirakamkan tidak dinyatakan ramai pengguna Internet percaya ia adalah asli.

Beberapa pengguna laman sosial berpendapat, hiasan bunga itu dihantar sebagai cara membalas dendam terhadap bekas kekasih yang curang.

“Jangan main-main dengan hati wanita kerana balasannya pasti pedih,” kata seorang pengguna.
loading...