Isnin, 24 April 2017

Video: 4 Wanita Bertudung Ragut Rantai Kanak-Kanak

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun diragut empat wanita bertudung dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Suspek terbabit telah mengepung mangsa sebelum salah seorang daripada mereka melarikan rantai emas kanak-kanak berkenaan tanpa disedari.

Bagaimanapun perbuatan tidak bertanggungjawab suspek terbabit terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.

Video CCTV berdurasi 28 saat yang tersebar luas di laman sosial itu menunjukkan bagaimana wanita terbabit mengepung kanak-kanak tersebut sebelum salah seorang daripada mereka melarikan rantainya tanpa disedari.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapanya di tingkat dua pasar raya tersebut, lapor Utusan.

Katanya, pada masa itu, kanak-kanak tersebut berada bersendirian berhampiran ibu bapanya sebelum didatangi empat suspek tersebut.

“Selepas itu, kanak-kanak berkenaan menangis dan mengadu kepada kedua ibu bapanya bahawa rantainya telah dicuri,” katanya.-Suara.TV
loading...