Selasa, 18 April 2017

Video: 'Assalamualaikum Ustazah' Nyanyian Tentera Amerika Tular

Perkongsian rakaman sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) menyanyikan lagu kumpulan Khalifah tular sejak minggu lalu.

kumpulan kugiran ini dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.

Rakaman ini dikongsian oleh sebuah laman Facebook radio tempatan di Sarawak Cat FM.

US pacific Fleet Band hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.-Malaysia Kini
loading...