Sabtu, 8 April 2017

Video: Cerita Sebenar Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri Di Melaka.

Melaka – Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah balai polis di daerah ini menjadi tular sejak empat hari lalu dengan memaparkan dua pintu masuk di balai berkenaan terbuka sendiri.

Video berdurasi 1.13 minit itu menarik perhatian ramai netizen malah ada yang mendakwa ia dilakukan oleh makhluk gaib apabila dua pintu masuk di balai berkenaan tiba-tiba terbuka luas dengan salah satu daripadanya turut pecah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang berlaku di Balai Polis Bandar Hilir dekat sini.

“Bagaimanapun, kejadian itu berpunca daripada gelombang negatif berganda berdasarkan deraian kaca di luar bangunan dan lebih kepada penjelasan fizik. Ia sama sekali tidak berkaitan dengan alam ghaib,” katanya. – Kosmo
loading...