Sabtu, 1 April 2017

Video Dan Gambar Lelaki Maut Secara Misteri.

Hulu Terengganu – Seorang pemuda ditemui mati dalam keadaan misteri di hadapan sebuah pusat karaoke di Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 4.40 petang itu, mayat Mohamad Adhar Abd. Aziz, 22, ditemui ditimpa dibawah sebuah motosikal jenis Honda EX5 dengan kesan luka di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pekarangan pusat karaoke terbabit, Mohamad Adhar didapati telah meluru laju sebelum merempuh motosikal terbabit yang diletakkan di kawasan tersebut.

“Rempuhan itu menyebabkan motosikal itu terjatuh lalu menghempap badan mangsa sebelum ia disedari orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan tidak lama kemudian.

“Pemeriksaan pakar perubatan dari Hospital Hulu Terengganu kemudiannya mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan kecederaan luka yang dalam di bahagian kepala,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, perbuatan Mohamad Adhar yang berlari bertempiaran dalam keadaan tergesa-gesa sewaktu kejadian menimbulkan tanda tanya.

Menurut beliau, motif pemuda yang berasal dari Kampung Bukit Acheh, Matang dekat sini itu sedang disiasat termasuk kemungkinan dia dikejar atau diserang oleh seseorang.






loading...