Rabu, 26 April 2017

Video: Datuk Vida Mahu Nyanyi Lagu Sensasi Macam Penyanyi Pen Pineapple

KUALA LUMPUR ― Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida ingin muncul sebagai penyanyi sensasi, jika boleh seumpama Pikotaro yang terkenal dengan PPAP.

Datuk Seri Hasmiza Othman, pemilik syarikat Vida Beauty, sedang berusaha mendapatkan penerbit dan penulis lirik untuk lagunya, lapor New Straits Times.

“Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro,” katanya.

“Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa.”

Hasmiza, juga dikenali Vida, sering dikenali melalui produknya Qu Puteh dan Pamoga.

Beliau pernah menaja beberapa rancangan TV dan pasukan bola sepak Kelantan.

Lagu sensasi Pen Pineapple Apple Pen, yang pernah menggamatkan dunia maya September lalu, mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record.

Video lagu Pikotaro, nama glamor Kazuhito Kosak, mendapat perhatian penyanyi Justin Bieber yang melabelnya sebagai “paling digemarinya di Internet”.

Lagu asalnya, sependek 45 saat, masuk di tangga 77 carta terhebat Billboard Hot 100, sekali gus mencipta rekod dunia. – MalayMail
loading...