Khamis, 13 April 2017

Video Dibelasah Polis Kerana 'Melintas Jalan Secara Haram'

SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang anggota polis digantung tugas selepas dirakam membelasah seorang lelaki yang didakwa 'melintas jalan secara haram' kelmarin.

Menurut Inside Edition, anggota polis dan lelaki berkenaan dilihat bertikam lidah sebelum polis tersebut menerkam mangsa.

Dalam rakaman yang tular, polis berkenaan menjatuhkan lelaki terbabit dan menumbuknya di bahagian muka.

Seorang penduduk tempatan yang menyaksikan kejadian tersebut sempat merakam dan menjerit supaya anggota polis tersebut berhenti membelasah.

"Kenapa awak belasah dia?! Kenapa, kenapa awak belasah dia macam tu sekali?" kata Naomi Montaie yang memuatnaik video rakaman ke Facebook.

Mangsa dikenal pasti sebagai Nandi Cain Jr. dan merupakan jiran kepada Naomi.

Semalam, balai polis Sacramento mengeluarkan kenyataan bahawa anggota polis terlibat telah digantung tugas untuk sebuah siasatan dalaman.

"Video tersebut menunjukkan aksi dan kelakuan yang kami anggap tidak boleh terima dalam pasukan polis Sacramento," kata kenyataan tersebut.

Polis Sacramento juga meminta beberapa saksi lain yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan.-Sinar Harian
loading...