Khamis, 13 April 2017

Video Gagal Culik Budak, Wanita Dibelasah Orang Ramai.

CHENGDU - CHINA. Seorang wanita dibelasah penduduk setempat selepas didapati cuba menculik seorang kanak-kanak berumur 2 tahun dari ibu kandungnya, Ahad lepas.

Menurut laporan Shanghaiist, ibu mangsa sedang menolak anaknya yang diletakkan dalam kerusi roda bayi (stroller).

Melalui rakaman CCTV, suspek yang berusia pertengahan tahun cuba merampas mangsa dari ibunya tetapi gagal dan melarikan diri selepas 20 saat bergelut.

Ketika melarikan diri, sekumpulan penduduk tempatan menutup jalan dan menangkap suspek.

Suspek kemudian dibelasah dan dirakam terbaring di atas jalan raya.

Tindakan orang ramai membelasah suspek bagaimanapun dikecam netizen kerana wanita berkenaan disyaki sakit mental. Kes berkenaan masih disiasat oleh polis.-Sinar Harian
loading...