Rabu, 19 April 2017

Video Kanak-kanak 2 Tahun Dilanggar Ketika Bermain Depan Kereta

Jinjiang – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sedang bermain di hadapan sebuah kereta hampir maut dirempuh minggu lepas.

Laporan Shanghaiist mengatakan kejadian berkenaan dirakam kamera CCTV yang kemudian tular di laman sosial China.

Dalam video tersebut, mangsa dilihat bermain di hadapan sebuah kereta yang sedang parkir.

Seorang lelaki yang dipercayai pemilik kenderaan tersebut kemudian memasuki kenderaan berkenaan dan memulakan perjalanan.

Lelaki berkenaan yang menggunakan telefon sepanjang durasi rakaman dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan keretanya dan merempuh mangsa.

Selepas menyedari mangsa dirempuh, lelaki tersebut membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital.

Menurut polis, kanak-kanak tersebut terselamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kejadian tersebut juga menarik perhatian netizen yang menyalahkan ibu bapa mangsa yang tidak mengawasi mangsa dengan betul dan membiarkannya bermain di jalan utama.
loading...