Jumaat, 7 April 2017

Video Kepala Wanita Tersepit Pada Pintu Gerabak Kereta Api

New York: Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah di bandar raya ini.

Lebih malang lagi, orang ramai yang melintas di hadapan pintu itu tidak membantunya, termasuk pekerja stesen berkenaan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kepala wanita itu dari paras leher terjulur keluar sementara anggota tubuhnya yang lain masih di dalam gerabak.

Dia terperangkap dalam keadaan itu sepanjang kereta api berkenaan berhenti di stesen itu. Seorang pengguna merakam penderitaannya sementara yang lain hanya melintas gerabak itu tanpa usaha untuk membantunya.

Wanita itu bagaimanapun tidak merayu untuk dibantu. Lebih aneh lagi, dia juga tidak kelihatan cemas mengenai keadaannya itu.

Seorang wanita lain kedengaran meminta seseorang membantu membuka pintu berkenaan.

Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan stesen tempat kejadian itu dirakam atau berapa lama wanita itu tersepit dan sama ada dia cedera. - Agensi
loading...