Sabtu, 1 April 2017

Video: Majikan Kejam!! Rakam Pembantu Rumahnya Terjun Dari Tingkat Tujuh

Kuwait: Polis menahan seorang wanita kerana merakam kejadian pembantu rumahnya dari Ethiopia terjun dari tingkat tujuh dalam cubaan membunuh diri, bukannya menyelamatkan wanita itu.

Kekejaman wanita itu tergambar apabila dia kedengaran ketawa ketika pembantu rumah terbabit bergayut pada birai tingkap sebelum jatuh.

Malah, dia merakam seluruh kejadian itu termasuk amahnya terbaring di atas bumbung di bawah dan memuat naik video itu ke media sosial.

Menurut laporan akhbar Al-Seyassah, dalam video rakaman 12 saat itu, pembantu rumah terbabit dilihat bergayut pada birai tingkap sambil merayu diselamatkan kerana menukar fikiran tidak jadi membunuh diri.

Majikannya tidak berbuat apa-apa sehingga pembantu rumahnya terlepas pegagangnya dan terjatuh ke atas bumbung struktur tambahan di tingkat bawah yang menyelamatkan nyawanya walaupun cedera parah, termasuk perdarahan hidung serta telinga dan patah tangan.

Akhbar itu bagaimanapun, tidak menyatakan punca pembantu rumah itu mahu membunuh diri.

Terdapat kira-kira 600,000 rakyat asing pelbagai negara yang bekerja sebagai pembantu rumah di Kuwait, dengan sebahagian besarnya sering mengadu dilayan dengan buruk, termasuk didera majikan dan tidak dibayar gaji.

Setiap tahun, ratusan pembantu rumah melarikan diri daripada majikan memaksa kerajaan Kuwait menyediakan rumah perlindungan sementara.
loading...