Jumaat, 7 April 2017

Video Mangsa Langgar Lari Di Pulau Tikus Disahkan Mati

George Town – Warga emas yang parah dalam kejadian langgar lari semasa berjalan di lintasan belang di Jalan Burmah di sini petang tadi disahkan mati ketika mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang malam ini.

Mangsa, Foo Swee Wah, 58, maut dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan penunggang motosikal yang merempuh mangsa terbabit.

“Saya beri amaran kepada penunggang motosikal itu supaya datang serah diri dengan segera kepada pihak pihak,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Kejadian itu telah menjadi tular di laman sosial Facebook dan WhatsApp selepas video rakaman insiden berkenaan sempat dirakam seorang pemandu kereta semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat di situ. – Kosmo

Identiti Suspek Langgar Lari 

loading...