Khamis, 13 April 2017

Video: Padah Buang Rokok Dalam Lubang Pembetung

Teheran – Seorang lelaki nyaris maut selepas tindakannya membuang puntung rokok ke dalam lubang pembetung menyebabkan letupan hingga dia jatuh terpelanting.

Kejadian mengejutkan dipercayai berlaku di Iran itu dirakam kamera litar keselamatan tertutup berhampiran.

Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki berpakaian kemas dilihat berjalan sebelum berhenti dan membuang sampah ke dalam lubang berkenaan dari beg plastik yang dibawanya sebelum beredar dari situ.

Kira-kira 15 minit kemudian, lelaki kedua pula lalu di situ dan membuang puntung rokok ke dalam lubang berkenaan, tetapi tiba-tiba berlaku letupan kuat hingga menggegarkan jalan itu beberapa saat kemudian, menyebabkan dia terpelanting ke belakang.

Video menunjukkan asap serta debu sementara lelaki itu kemudian dilihat merangkak dari situ dalam keadaan terkejut.

Keterangan dalam bahasa Farsi kemudian muncul memberi amaran mengenai bahaya membuang puntung rokok ke dalam dalam lubang pembetung.

Sejak dimuatnaik ke Twitter Isnin lalu, rakaman itu sudah ditonton jutaan kali di seluruh dunia.
loading...