Isnin, 3 April 2017

Video: Padah Kalah Bertaruh, Diikat Ditinga Isyarat Jalan Raya

Houston: Polis terpaksa dipanggil selepas dua lelaki mengikat rakan mereka pada tiang isyarat jalan raya menggunakan pita pelekat kalis air selepas dia kalah bertaruh.

Miguel Chavez, 17, diikat pada tiang berkenaan di jalan raya yang sibuk di Houston, Texas, selepas kalah bertaruh untuk satu perlawanan bola keranjang.

Polis tiba dan mengancam menembak seorang lelaki menggunakan pistol Taser selepas dia menghampiri tiang itu dengan sebilah pisau sebelum menyedari lelaki itu datang untuk membebaskan Chavez.

Video yang dimuat naik di Internet menunjukkan seorang lelaki menjerit ‘kami akan mengikat budak ini pada tiang!’ sambil dia menggenggam dua gelung pita pelekat.

Chavez yang kelihatan kecewa berdiri di atas bangku di sebelah tiang berkenaan sementara rakaannya mengikatnya.-Harian Metro
loading...