Jumaat, 14 April 2017

Video Peminat Wanita ‘Terlebih Seronok’ Kena Tumbuk.

PENYANYI rap Amerika Syarikat (AS), 50 Cent bertindak menumbuk seorang peminat wanita selepas ditarik dan terjatuh ke bawah pentas.

Menurut laporan Mirror, kejadian berlaku semasa sebuah persembahan di The Lox, Michigan kelmarin.

50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis Jackson, 41 dirakam cuba menyalam peminatnya sebelum kejadian.

Tanpa disangka, seorang peminat wanita memegang tangan Jackson dan menarik beliau jatuh ke bawah pentas.

Jackson pula sempat melayangkan penumbuk yang dipercayai terkena dada wanita terbabit.

Jackson bagaimanapun meminta maaf kepada mangsa dan membawanya ke atas pentas sebelum memeluk wanita tersebut.

Mangsa kemudian diberikan ‘penghormatan’ untuk menari bersama kumpulan penari bantuan Jackson.-Sinar Harian
loading...