MERSING - Tindakan pantas polis Mersing semalam berjaya
menggagalkan cubaan seorang suspek melarikan sebuah kenderaan di hadapan sebuah
restoran dekat Jalan Ismail, di sini.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward
Nuing berkata suspek berjaya diberkas selepas melarikan diri kira-kira 80
kilometer (km).
"Sebaik menerima laporan daripada pengadu, Bilik Kawalan
Daerah Mersing telah mengatur Ops Tutup dengan bantuan anggota dari Balai Polis
Kahang.
"Suspek berjaya ditahan di pekan Kahang, Kluang bersama
kereta mangsa," katanya kepada Sinar Harian.
Cyril berkata, kehilangan kereta Perodua Myvi itu disedari apabila
rakan mangsa memberitahu kenderaan yang baru diparkir sekitar jam 8.15 pagi itu
sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail,
Mersing.
Menurutnya, suspek lelaki berusia 31 tahun yang ditahan itu
beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan.
"Suspek yang ditangkap itu tidak mempunyai sebarang
pekerjaan dan berasal dari Bahau, Negeri Sembilan.
"Orang awam turut membantu pihak kami dalam tangkapan
tersebut," katanya.
Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Mersing
untuk pertuduhan, esok.
Disqus comments