Rabu, 12 April 2017

Video Polis Bantuan Halau Satu Keluarga Berteduh Dalam Masjid Kerana Tak Pakai Tudung

Lepas isteri saya makan ini kami semua keluarlah, kata seorang suami kepada lelaki yang dipercayai polis bantuan telah  menghalau mereka dari dalam masjid ketika berteduh dari hujan lebat.

Menurut Lisza Lasessa mereka di halau lelaki berkenaan kerana dia tidak memakai tudung.

“Memang salah akak tak pakai tudung di kawasan masjid, ini pun kami tumpang berteduh sementara nak tunggu hujan berhenti”

“Sementara nak temankan mak makan nasi, yelah dari tadi pagi mak akak tak makan apa-apa sementara nak tunggu melawat adik Accident dekat wad hospital Kuala Lumpur’

“Tiba tiba ada seorang hamba Allah ini terus sound dan halau kami keluar sebab akak tak pakai tudung’katanya.
loading...